Tuesday, May 13, 2008

RUMAH TERBAKAR


Pada 1 April lalu saya telah melawat rumah Cikgu Mohamad Syawal di Pulau Tiga, Kg Gajah yang telah terbakar. Puncanya berkemungkinan lintar pintas. Turut bersama saya adalah En Dayat daripada JKM Seri Iskandar, Penghulu Mukim Pulau Tiga dan beberapa penduduk sekitar.
Rumah 2 tingkat itu di mana bawah adalah batu dan tingkat atas papan, telah terbakar keseluruhannya. Hampir semua barangan dan perabot telah musnah. Kebakaran berlaku lebih kurang jam 8.30 pagi dan telah disedari oleh jiran di rumah belakang. Selain menyampaikan sumbangan, kes ini telah dipanjangkan kepada JKM agar bantuan sewajarnya dapat diberikan kepada mangsa, Cikgu Mohamad Syawal serta keluarganya.

Peristiwa ini memberi satu pengajaran berguna buat kita semua iaitu sentiasalah berwaspada dan memeriksa peralatan serta pendawaian elektrik di rumah masing-masing.

No comments: