Pada 24 April saya telah dijemput bagi menyempurnakan perasmian Hari Sukan MRSM Pasir Salak kali ke 3. Saya cukup mengagumi semangat kesukanan yang ditunjukkan para pelajar dan perarakan kontinjen-kontinjen berlangsung dengan gahnya walaupun hujan turun agak lebat juga pada pagi tersebut.
Ada 4 rumah sukan iaitu merah, hijau, biru dan kuning di mana setiap rumah mempunyai bendera dan maskot masing-masing. Ada Sang Buaya, Dracula, Yellow Boy dan macam-macam lagi. Menyaksikan perarakan kontinjen ini seolah-olah menyaksikan perarakan Sukan SEA ataupun SUKMA. Begitulah hebatnya semangat dan kebolehan para pelajar MRSM Pasir Salak.
TAHNIAH buat Tuan Pengetua, Tuan Haji Mohd Yunus b Deraman serta barisan guru-guru yang menabur bakti mendidik anak bangsa hingga berjaya dan menjadi manusia yang berguna. Saya merasa cukup bertuah kerana saya juga merupakan produk MRSM dan yang lebih menggembirakan saya kerana dapat bertemu dengan guru yang mengajar saya di MRSM Beseri, Perlis dahulu iaitu Cikgu Zaleha dan Cikgu Anita. Kini mereka mengajar di MRSM Pasir Salak. Terima Kasih Cikgu...Jasa Cikgu tidak akan kami lupakan!!
No comments:
Post a Comment