Sunday, March 22, 2009

TAKLIMAT IT & SMART SYSTEM Bagi P059 Bukit Gantang





Pada 22 Mac 2009 jam 2 petang tadi telah diadakan Sesi Taklimat kepada para petugas IT dan Smart System Puteri bagi memantapkan lagi persiapan jentera dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang ini. Taklimat diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Bukit Gantang dan disampaikan oleh YBhg Datin Maizatul Akmam bt Hj Alawi, Pengerusi Biro IT Puteri UMNO Malaysia.

Para peserta terdiri daripada Puteri Bukit Gantang, Parit Buntar, Beruas dan Sg Siput. Turut bersama ialah Noraini Idris, EXCO PUM, Kak Mazariah, Pegawai IT PUM dan Pn Jamilah Zakaria , Ketua Puteri Bukit Gantang. Saya mewakili Puteri UMNO Perak mengucapkan ribuan terimakasih kepada rombongan Datin Maizatul Akmam yang sudi bersama-sama membantu jentera Puteri UMNO Perak. Syabas juga buat Jamilah dan barisan AJK nya yang menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh ini. Marilah kita sama-sama berikrar membantu UMNO mendapatkan semula Parlimen Bukit Gantang ini.

Friday, March 20, 2009

PILIHANRAYA KECIL P059 BUKIT GANTANG - Konvoi Kebajikan Puteri Menyusur Akar




Konvoi tersebut telah diadakan bersama YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, Naib KPUM pada 19 Mac. Antara kampung yang terlibat adalah dalam peti undi Sg Tinggi, Ayer Terjun, Changkat Jering, Jelutong dan Kuala Sepetang. Antara Ketua Puteri Bahagian yang turut serta ialah Jamilah Zakaria, Sopiah Khamarudin, Rosniza Ismail, Norhaliah Abd Manas, Naib Padang Rengas, Puteri Noraizah dan Puteri Ipoh Barat. Turut bersama ialah Timbalan Pengerusi Tetap PUM, Sdri Zauyah Zainuddin.


Terima kasih kepada Puteri yang telah bersusah payah turut serta membantu dan memeriahkan konvoi kebajikan ini. Antara sumbangan yang disampaikan adalah barangan dapur dan wang tunai.


Kita akan teruskan lagi konvoi di kawasan-kawasan lain pula selepas ini.

Sunday, March 15, 2009

PILIHANRAYA KECIL P059 BUKIT GANTANG






P059 Parlimen Bukit Gantang mempunyai 3 buah DUN : N13 Kuala Sepetang, N14 Changkat Jering dan N15 Trong. Terdapat 38 buah Peti Undi. Pengundi adalah seramai 55, 471 orang.

Bahagian-bahagian yang menjaga Peti Undi tersebut adalah seperti berikut:

DUN CHANGKAT JERING

1)Pengkalan Aur - Parit Buntar

2)Simpang Lama -Larut

3)Simpang Baru - Bagan Serai

4)Jalan Simpang - Bagan Serai

5)Kawasan JKR - Taiping

6)Larut Tin - Taiping

7)Ayer Kuning - Tapah

8)Jelutong - Padang Rengas

9)Changkat Jering - Padang Rengas

10)Bukit Gantang - Kuala Kangsar

11)Kampung Cheh - Kuala Kangsar


DUN KUALA SEPETANG

1)Kamunting Station - Tambun

2)Ayer Putih - Tambun

3)Simpang Halt - Lenggong

4)Jebong - Tg Malim

5)Kuala Sepetang - Parit

6)Kampong Menteri - Lumut

7)Matang Gelugor - Lumut

8)Sungai Limau - Bagan Datoh

9)Jalan Mangala - Bagan Datoh

10)Kampung Jaha - Kampar

11)Sungai Mati - Kampar

12)Bendang Siam -Sg Siput

13)Changkat Ibol - Gopeng


DUN TRONG

1)Kuala Trong - Gerik

2)Pasir Hitam Trong - Gerik

3)Kg Tebuk Trong - Gerik

4)Trong -Ipoh Timor

5)Trong Barat - Ipoh Timor

6)Bukit Gantang Selatan - Ipoh Barat

7)Ayer Terjun - Ipoh Barat

8)Temelok - Batu Gajah

9)Sg Che Rahmat - Teluk Intan

10)Permatang Raja - Teluk Intan

11)Sg Tinggi - Pasir Salak

12)Padang Gajah -Beruas

13)Batu Hampar - Beruas

14)Sg Rotan - Beruas

Thursday, March 5, 2009

Pemilihan Puteri UMNO Malaysia 2009

Tarikh hampir tiba ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2009. Puteri UMNO turut akan mengadakan proses Pemilihan untuk jawatan-jawatan peringkat Pusat. Pemilihan juga merupakan pertandingan sesama rakan-rakan seperjuangan. Diharap setelah proses tersebut berakhir Puteri & UMNO akan dapat menumpukan pula perhatian kepada pilihanraya-pilihanraya kecil yang bakal dihadapi. Saya yakin Pergerakan Puteri UMNO akan bertambah kuat & terus mantap di masa-masa akan datang, Insyallah.