Monday, September 8, 2008

PERMATANG PAUH....Kem Kesihatan & Pergigian Percuma PUTERI










PUTERI UMNO PERAK telah mengadakan Kem Kesihatan & Pergigian Percuma di Kg Belah Dua, Permatang Pauh pada 24 Ogos 2008 semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh lalu. Juga diadakan Peraduan Mewarna Kanak-kanak sempena Merdeka.

Sambutan yang diterima begitu menggalakkan daripada kampung sekitar seperti Kg Belah Dua, Kg Pertama dan lain-lain. Medical Team seramai 5 orang terdiri daripada saya sendiri, YB Dr Mah Hang Soon (Cardiologist), Dr Hashim Bujang, Dr Elya Zetty Hamdi dan Dr Norshima Abd Aziz. Mereka semua merupakan kawan-kawan saya. Selain pemeriksaan kesihatan dan pergigian, kami juga membuat RBS iaitu ujian gula dalam darah di samping preskripsi ubat-ubatan.

PUTERI Bersama Adik Farisha Farina


Puteri UMNO Negeri Perak telah melawat adik Farisha,11 di rumahnya di Simpang Pulai . Menurut ibunya, Pn Noormah Abu Bakar, adik Farisha telah menghidapi penyakit kepala berair sejak lahir lagi dan kini kepalanya semakin membesar. Puteri UMNO Perak telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban keluarga ini. JKM juga meluluskan bantuan saraan bulanan sebanyak RM300 bagi penjagaan Farisha.