Saturday, July 26, 2008

TELL MAGAZINE

Oh, right. The good people at TELL Magazine were kind enough to run an interview they did with me back in couple of months ago. It was published in TELL magazine in it's May edition. The pictures are found in one of the pages inside. Thanx again guys!.

(Above pictures are copywrited to TELL magazine, the use of which belongs to them).

PUSAT MINDA BESUT



Telah melawat Terengganu beberapa minggu lepas. Di Besut terdapat sebuah Pusat Minda yang telah dibuka pada 15 Jun lalu. Bersama beberapa rakan , kami telah melawat pameran yang berkaitan dengan aktiviti perkembangan minda yang agak menarik. Di situ kami berpeluang bertemu dan berbual-bual bersama anak muda yang berbakat, Lim Teck Hoe. Beliau yang merupakan salah seorang top thinker, pernah memenangi pingat perak dalam kategori Names & Faces di World Memory Championships 2002. Beliau juga merupakan juara dan pemegang rekod Memory peringkat Asia.


Bersama Lim Teck Hoe.

Saya juga berpeluang bertemu dan melihat bakat Tengku Faizwa bt Tengku Razif, bakat muda Melayu yang begitu mahir dalam "brain, learning, memory & thinking". Bakat dan kebolehan beliau begitu mengagumkan.

Bersama Tengku Faizwa.

Perkembangan minda merupakan satu aspek pembangunan diri yang wajar diberi perhatian di kalangan anak-anak muda kita. Dunia sedang beredar dari kekayaan harta ke kekayaan intelek. Diharapkan pusat ini dapat melahirkan generasi baru yang boleh membawa kepada lahirnya lebih ramai intelek-intelek yang boleh menguasai dunia melalui kekuasaan intelek dan minda.