Semalam saya bersama Puan Rokiah dan Puan Zaleha telah melawat ke salah sebuah kawasan penanaman padi utama di Kg Gajah iaitu Sg Buaya dan Sg Timah. Turut bersama ialah Encik Md Saad b Harun, Ketua UMNO Cawangan Sg Buaya. Pemandangan sungguh indah dengan pokok padi yang menghijau yang tidak lama lagi akan mengeluarkan buah. Gambar di atas saya ambil di sekitar rumah En Saad.
Tujuan kunjungan berkaitan dengan rancangan untuk membawa masuk dan memperkenalkan benih serta teknik penanaman baru padi di kawasan Kg Gajah. Jadi kami perlu meninjau dan menemui pesawah-pesawah di sini bagi melihat sendiri pencapaian dan masalah-masalah dihadapi mereka. Projek terbaru ini adalah dengan usahasama universiti tempatan iaitu UPM dan UTM serta agensi kerajaan negeri.
Diharapkan dengan percubaan awal ini akan membuahkan hasil yang berlipat kali ganda dan meningkatkan pendapatan para petani di kawasan Kg Gajah ini. Pada peringkat permulaan, 3 orang petani telah dipilih melalui perbincangan bersama Penghulu Mukim Bandar dan Pengerusi JKKP. Kawasan yang dijangka akan terlibat dengan projek ini adalah seluas 3 lot.
Langkah ini amat tepat pada masanya memandangkan krisis makanan yang dihadapi sekarang ini. Beberapa hari lepas, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani telah ke Bangkok bagi mendapatkan bekalan beras kecemasan. Pihak pengilang beras Thai telah menetapkan harga beras pada kadar USD 1,000 se tan, kadar tertinggi harga pasaran untuk beras. Disebabkan akibat kekurangan bekalan beras dunia, kita tidak mempunyai pilihan kecuali bersetuju untuk membayar pada harga tersebut kerana kita tidak "100% rice self-sufficiency".

Beras kini hampir sama nilai dengan minyak mentah yang harganya terapung pada kadar hampir USD 125 se-tong. Kita harus mencari cara sama ada meningkatkan pengeluaran minyak kita atau membenarkan pengilang beras kita untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan sekarang. Mungkin kita perlu mengkaji sekiranya ada cadangan untuk menukar perhatian daripada menggunakan tanah sedia ada untuk pengeluaran minyak kelapa sawit (CPO) kepada tanaman padi.
Kita juga perlu cermin diri dan mengkaji bagaimana kita dapat menambah pendapatan negara, seperti peningkatan pengeluaran industri bernilai tinggi dan perkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan dan intelek, agar kenaikan harga barangan asas dapat ditampung tanpa banyak masalah terhadap kedudukan kewangan negara.
Akhirnya, kita juga perlu mengelakkan dari pembaziran sumber pendapatan dan cara hidup kita. Masyarakat di Malaysia tidak menempatkan nilai tinggi kepada barangan asas seperti air, elektrik, makanan dan sebagainya. Penjimatan perbelanjaan harian seperti yang dilakukan di negara-negara maju mungkin akan dapat mengurangkan rasa betapa tingginya harga barang-barangan.
Yang sebenar-benarnya, kita harus sentiasa menaikkan pendapatan kita lebih daripada perbelanjaan kita. Itu yang paling penting. Sekiranya kita dapat berbuat yang sedemikian, kita akan sentiasa terlindung daripada kesan kenaikan harga barang-barang asas seperti beras dan lain-lain.
1 comment:
sedapnyer nasik..mcm kenal je pinggan tu...adik kotak ke yg masak???
Post a Comment