Tuesday, May 13, 2008

RONDA-RONDA PEKAN SELASA



Pada 22 April saya bersama skuad IT Puteri Bahagian telah menyertai Ronda-Ronda Pekan Selasa di Pekan Sehari Kg Gajah. Turut serta ialah Tuan CADO Kg Gajah iaitu Dr Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin; Ketua UMNO Cawangan Bandar Lama, Cikgu Mustafa dan Pembantu Khas ADUN Kg Gajah, Pn Rokiah Hood. Objektif program ini ialah untuk bermesra dan bertemu dengan para pengundi secara lebih rapat di samping mengenalpasti masalah para peniaga yang berniaga di pekan tersebut. Sambutan yang diterima amatlah baik dan kebanyakan orang ramai yang ditemui tidak menyangka akan bertemu kami di situ. Saya berharap agar program sebegini akan dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang.

No comments: