
Mula-mula kami melawat ke Kg Pulau Juar di mana 2 buah rumah penduduk warga emas telah mengalami kerosakan atap. Penduduk terbabit adalah Pak Hamid dan Hj Abd Rahman.

Selepas itu kami melawat ke Kg Sejagop di mana beberapa buah rumah dilanda banjir akibat parit yang kurang sempurna.

Kemudian kami telah ke Estet Ladang Rubana bagi menyampaikan sumbangan kepada 50 orang penduduk dan pekerja estet yang terbabit dalam kejadian ribut. Pihak majikan ladang telah membaiki rumah pekerja yang mengalami kerosakan dengan kadar yang segera.

No comments:
Post a Comment