Puteri UMNO Perak akan mengadakan program bersiri untuk melancarkan gerakan memenangi semula negeri Perak dengan cara pendekatan Hearts & Minds (hati dan minda). Program siri pertama akan diadakan pada 24 Mei 2008 bertempat di Aras 1, Bangunan UMNO Negeri di Ipoh. Ucaptama untuk siri pertama ini akan diberi oleh YB Dato' Seri Idris b Jusoh, Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.
Pemilihan YB Dato' Seri Idris sebagai ucaptama adalah berdasarkan kejayaan beliau dan BN Negeri Terengganu memenangi semula negeri tersebut daripada pentadbiran PAS pada Pilihanraya Umum tahun 2004 yang lalu. Diharapkan beliau akan dapat memberitahu strategi, taktik, pendekatan dan cara-cara yang BN Terengganu telah berjaya mengaplikasikan agar kita di Perak ini dapat menggunakannya dalam misi penawanan semula negeri kita.
Dijangka seramai 250 peserta daripada kalangan Puteri di setiap pelosok negeri Perak akan hadir. Turut sama hadir dan memberi sokongan ialah YB Dato' Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli Ghazali, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak. Pada siri-siri akan datang Puteri UMNO Perak berhasrat menjemput Dato' Alwi Che Mat daripada UMNO Kelantan merangkap Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi,untuk mendapatkan cara-cara hendak beroperasi di sebuah negeri pentadbiran kerajaan pembangkang.
Puteri UMNO Perak juga berhasrat memanjangkan jemputan kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO Malaysia untuk memberi ucaptama siri penutup program Misi Puteri 2013. Puteri UMNO Perak berharap dengan berjayanya program ini serta pengamalan pendekatan Hearts & Minds yang akan menjadi tonggak utama usaha mengembalikan Perak kepada BN, rakyat dan pengundi Perak akan dapat dipikat semula untuk mengundi BN sehingga kita berjaya pada pilihanraya umum akan datang yang dijangka diadakan tidak lewat daripada tahun 2013.

No comments:
Post a Comment