Bila berbincang mengenai nasib sesetengah golongan masyarakat, kita sering kali terbaca tentang kisah kanak-kanak yang menghadapi pelbagai cabaran kesihatan diri. Di Batu Gajah, adik Luqman Hakim (4 bulan) baru-baru ini menerima kunjungan daripada Puteri UMNO Negeri Perak. Turut bersama ialah Ketua Wanita UMNO Batu Gajah dan AJK nya serta Ketua Puteri UMNO Batu Gajah iaitu Pn Khairul Bariah Zainal dan AJK beliau.
Bercakap di rumah opah adik Luqman, ibu beliau iaitu Pn Irene Mohd Layani yang merupakan AJK Puteri UMNO Batu Gajah, telah melahirkan rasa gembira atas lawatan Puteri Perak itu. Sebenarnya adik Luqman mengalami masalah kesihatan iaitu imperforate anus atau juga dikenali sebagai anal atresia (ketiadaan saluran membuang air besar). Keadaan kesihatan ini memerlukan penjagaan yang rapi bagi mengelakkan jangkitan pada bayi. Selain dari keadaan kesihatannya itu, adik Luqman merupakan seorang bayi yang cukup sihat, normal dan berjaya menghiburkan hati kami dengan senyuman dan gelak tawanya yang manja.
Adalah diharapkan dengan sedikit sumbangan ini adik Luqman akan dapat terus tabah menghadapi kehidupan beliau bersama keluarganya dan semoga beliau akan terus mendapat rawatan yang terbaik dan sembuh seperti sediakala.
No comments:
Post a Comment