Sunday, February 15, 2009

BN gains the majority in Perak

These past few days have been very eventful in Perak. What is very evident is that BN now has the majority in the Perak State Assembly. This was announced by the Deputy Prime Minister, YAB Datuk Seri Mohd Najib, who is also the Perak BN & UMNO State Chief. Upon humbly informing of the same to DYMM Paduka Seri Sultan, the new Perak MB received consent from the Ruler and was sworn in as the 11th Menteri Besar of Perak.
This was indeed good news to all Perakeans who've had to endure the misfiring administration of the previous PR state government, who've managed to lurch from one dismal policy to another. With BN now back in control, it's hoped that the BN can undo the tremendous ammount of damage done to the state in the 11 months that the PR was in control; from the sheer madness of buying new cars for themselves during a period of economic slowdown, to dishing out 999-year land titles in perpetuity for cheap political mileage, to name but just a few.

Puteri UMNO prays that the State will now turn over a new chapter and BN will administer Perak with it's tradition of moderation, true fairness & equality for all Malaysians, and not just to score populist points.

Tuesday, February 3, 2009

HARI MENGUNDI PARLIMEN KUALA TERENGGANU




Pada hari tersebut, Puteri Negeri bertugas di Peti Undi Kolam, Chendering dan juga Kuala Ibai.


Monday, February 2, 2009

BBQ Bersama UMNO Perak - Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu






SEKITAR PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU



Mesyuarat dan perjumpaan mesra Puteri UMNO Perak bersama Ketua Peti Undi, Encik Wan dan barisan Puteri-puteri Cawangan di Bilik Gerakan Kolam.

Program yang dianjurkan Puteri UMNO Perak dan Puteri Cawangan iaitu Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak. Seramai 50 orang peserta telah mengambil bahagian.



Antara aktivivti yang diadakan buat para pengundi dan penduduk sekitar Kolam adalah Senamrobik khusus bagi kaum wanita dan ibu. Bagi anak-anak pula disediakan Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun. Program mendapat sambutan yang cukup meriah. Kami dibantu oleh Puteri Peti Undi Kolam yang diketuai oleh Sdri Farah. Rakan Wartawan daripada Utusan juga turut hadir membuat liputan.



Itu dia, akak Salina yang begitu semangat sekali.

Puteri Perak bergambar bersama Farah, yang begitu comel dan ceria orangnya.
Puteri UMNO Perak bersama Puteri Cawangan dalam peti undi Kolam yang telah bertungkus lumus menjayakan program.

Sunday, February 1, 2009

KEPRIHATINAN PUTERI & UMNO : DULU KINI DAN SELAMANYA


Puteri dan UMNO memang dikenali sebagai sebuah organisasi yang membela dan menjaga kebajikan rakyat. Kebiasaannya tumpuan diberikan kepada ahli-ahli masyarakat biasa namun itu terdapat juga kes-kes yang memerlukan perhatian di mana mereka yang terlibat adalah merupakan keluarga UMNO itu sendiri.

Bila berbincang mengenai nasib sesetengah golongan masyarakat, kita sering kali terbaca tentang kisah kanak-kanak yang menghadapi pelbagai cabaran kesihatan diri. Di Batu Gajah, adik Luqman Hakim (4 bulan) baru-baru ini menerima kunjungan daripada Puteri UMNO Negeri Perak. Turut bersama ialah Ketua Wanita UMNO Batu Gajah dan AJK nya serta Ketua Puteri UMNO Batu Gajah iaitu Pn Khairul Bariah Zainal dan AJK beliau.

Bercakap di rumah opah adik Luqman, ibu beliau iaitu Pn Irene Mohd Layani yang merupakan AJK Puteri UMNO Batu Gajah, telah melahirkan rasa gembira atas lawatan Puteri Perak itu. Sebenarnya adik Luqman mengalami masalah kesihatan iaitu imperforate anus atau juga dikenali sebagai anal atresia (ketiadaan saluran membuang air besar). Keadaan kesihatan ini memerlukan penjagaan yang rapi bagi mengelakkan jangkitan pada bayi. Selain dari keadaan kesihatannya itu, adik Luqman merupakan seorang bayi yang cukup sihat, normal dan berjaya menghiburkan hati kami dengan senyuman dan gelak tawanya yang manja.

Pada lawatan tersebut seramai 50 ahli rombongan yang terdiri daripada Puteri dan Wanita telah menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai RM1000.00 kepada Pn Irene yang disampaikan oleh YB Dr Wan Norashikin, Ketua Puteri UMNO Negeri. Sumbangan tersebut bagi membantu pembelian tiub pakai buang untuk adik Luqman. Krew RTM turut hadir membuat liputan. Antara Ketua Puteri Bahagian yang hadir ialah Sopiah, Isfarina, Rosniza, Rubiah dan Rosmalawati.

Adalah diharapkan dengan sedikit sumbangan ini adik Luqman akan dapat terus tabah menghadapi kehidupan beliau bersama keluarganya dan semoga beliau akan terus mendapat rawatan yang terbaik dan sembuh seperti sediakala.